Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

♥♥ Nuffnang ♥♥

♥♥ Suka Blog Ni??? ♥♥

Share |
Thursday, September 15, 2011

!! KEMBARA AMIRA !!

Komsas Novel KEMBARA AMIRA ( ting.5 ) sekadar membantu adik2 yg nk ambil SPM leh baca2 bg mengingati semula ye..


~ SINOPSIS ~

Berkisarkan tentang penerokaan khazanah sejarah ( arkeologi ) di Desa Karpus - Bukit Mat Raya yang disertai oleh Profesor Zaidah , Dr.Zawawi , Rusdi + rakan2nya@pelajar thn akhir , Amira , Jacinta ( JC ) . Selain itu , terdapat sekumpulan diketuai oleh O'Hara meneruskan pencarian emas di kawasan hutan rimba . Kawasan rimba ini didiami Tau , Itai , Ludin dan suku2 kaumnya (org Asli ) . Kedatangan Amira dan Jacinta pada cuti persekolahan di kawasan ini telah mengajar mereka mengenali khazanah2 yg dikaji dan mematangkan diri mereka . Amira pernah mengalami lemas di kawasan air terjun dan keselamatkan oleh Itai . Bermulalah persahabatan antara mereka bertiga . Jacinta , Amira dan Itai . 

Kemunculan Malique di Bukit Mat Raya mengejutkan Amira . Malique berada di kawasan itu kerana telah di hantar oleh ibunya ke hutan untuk membantu O'Hara dan bagi Malique mengenali tempat asal usulnya . Kumpulan Prof. Zidah telah menjumpai khazanah2 yg menguatkan andaian mereka tentang kemunculan tamadun manusia di kawasan itu . Ini membuatkan hutan rimba tidak perlu dimusnahkan sebaliknya terus dikekalkan sebagai sejarah . Tau merasakan kehidupan mereka terancam dgn pelbagai aktiviti di kawasan itu namun selepas diterangkan bagi memelihara kawasan tersebut , Tau turut membantu . Tau menunjukkan kawasan Gua . Terdapat ukiran2 di dalam Gua yg menunjukkan kewujudan tamadun manusia zmn dahulu . 

Aktiviti Org2 Asli seperti memburu , menternak , cucuk tanam , cari hasil hutan dan sebagainya bagi menampung kehidupan mereka . 

Malique menyertai aktiviti melombong emas bersama O'Hara dan Roslan . Malique akan membuat laporan tentang pencarian emas di kawasan tersebut . Kehilangan seorang pekerjanya telah membuatkan mereka resah . Malique dan Roslan berusaha menjejaki kehilangan pekerjanya namun gagal sebaliknya Malique yang mengalami kemalangan apabila kereta dihanyutkan banjir hingga jatuh ke dalam gaung . 

Itai dan Amira pernah terserempak dgn lembaga , tubuh berbulu dr pinggang hingga ke leher , rambut pnjang hingga ke bahu di kawasan sungai . Emas terdapat jua di kawasan sungai yang mereka jejaki . Namun Amira hanya dapat memilih satu sahaja untuk JC . 

Kehilangan Malique menyebabkan Amira susah hati walaupun mereka baru sahaja bersahabat di dalam hutan rimba . Disebabkan nilai persahabatan Amira meminta bantuan Itai untuk mencari Malique . Tau membantu menunjukkan kawasan gua di Gunung Gua Gajah . Di atas Gua ni boleh dilihat pelbagai binatang antaranya beruk , mawas , gajah , kera , lotong berkeliaran . Kelawar bersarang pada dinding dan bumbung gua . Najis Kelawar akan dipungut oleh org2 kampung untuk dijadikan baja . Di dinding gua terdapat lakaran lukisan yg diperbuat dr arang . Segala lakaran itu menceritakan kegatan manusia di situ suatu ketika dahulu . Terdapat jua lakaran haiwan seperti gajah dan rusa . Amira menjumpai mobile disk di lantai gua yang dipenuhi najis kelawar . Itai dan Rusdi menjumpai kapak batu yg digunakan oleh manusia zmn Neolitik . Penemuan tulang karpus , manik2 kecil yg dperbuat drp tulang dan serpihan tembikar telah menunjukkan kawasan Desa Karpus adalah tempat kemunculan tamadun manusia . 

Amira berusaha mengenalpasti pemilik mobile disk yg ditemui tempoh hari . Password perlu dicari bg mengetahui isi dan pemilik mobile disk tersebut . Satu demi satu password bemain di fikiran mereka dan akhirnya berjaya membukanya dgn password 'aurum'..atau emas dan mobile disk benar milik Malique . Pencarian Malique bermula di Gunung Gua Gajah . Pencarian ini disertai olah Itai , Amira , Pak Lias , Roslan dan Jacinta . Mereka menemui Malique di puncak gunung , sekeliling kawasan itu sangat luas dan ada sebuah pondok dgn unggun api . Makhluk berbulu tebal muncul dan menahan mrk dari mengambil Malique . 

Malique sebenarnya adalah Sabi . Anak kpd Tau dan Jennifer ( Ipah ) . Ludin adalah abg ipar kpd Ipah dan abg kpd Tau . Penemuan ini membuatkan mrk tahu asal usul Jennifer dan Malique . Maka Itai dan Malique bersaudara . Ludin hanya bapa saudara Itai yg selama ini memanggil dgn pnggln bapa . Tau seperti dirasuk apabila memakai bulu2 yg dipengaruhi roh beruang . Persoalan tentang asal usul Itai dan Malique telah terjawab . Johnny yg memaksa Jennifer meninggalkan hutan dan kelurganya . Malique ingin tggl di hutan dan mendapat rawatan dr Tau sendiri . Malique berjanji akan menggagalkan projek lombong emas bagi memperthnkan hutan . Amira myambung pelajaran di Universiti , Malique msh di hutan , JC di Paris terlibat dlm perniagaan bapa - bidang fesyen , Itai sdg belajar dlm bidang perubatan

  ~ Watak2 ~
Profesor Zaidah - ibu Amira
Dr. Zawawi - pembantu Prof
Amira Amir
Jacinta 
Itai 
Malique @ sabi
Roslan
Rusdi - pelajar thn akhir U
Pak Lias - pemandu keluarga Amira
Tau - ayah Itai dan Sabi
Ludin - ketua kampung Bukit Mat Raya
Jennifer @ ipah
O'Hara

~ Plot ~
  Tempat - hutan , perkampungan Bukit Mat Raya 
Gua - Gunung Gua Gajah 
Desa Karpus - tmpt arkeologi  
Masa - tidak dinyatakan dlm novel tp dpt dikenalpasti masa kini 
Masyarakat - Moden , org bandar , org Asli

p/s sebagai satu hobi aQ membaca n mgulas hasil karya menulis sastera di malaysia ni..melalui watak2 , jln cerita @ plot serta cara penyampaian mrk . Semoga adik2 yg nk ambil SPM dapat membaca novel asal spy lbh fhm . Sinopsis ni hnya sekadar membantu kalian untuk mnghadapi peperiksaan . Semoga berjaya . markah utk Komsas ni mudah diperolehi jika kalian membaca semua Komsas . 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...