Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

♥♥ Nuffnang ♥♥

♥♥ Suka Blog Ni??? ♥♥

Share |
Tuesday, June 14, 2011

♥♥ 5 Tips Kebahagiaan Dalam Percintaan Dan Perhubungan ♥♥


1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini . Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek . Samada dari segi percakapan , pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda .

Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan . Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda . Ianya tidak salah bukan?

2. Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda . Sekiranya anda mengajak si Dia keluar , makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya , dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia . Maksud biarkan itu adalah , jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian . Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya .

3. Bertolak Ansur
Setiap lautan , akan ada pasang surut airnya . Begitulah juga dalam berpasangan . Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan . Di sini , anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda . Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu tapi andalah yang perlu mulakan . Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser . Semakin dibiarkan , semakin parah jadinya .

4. Kejujuran
Anda ketika berpasangan hendaklah jujur . Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda , tetapi juga pada semua masyarakat . Tidak kisah sama ada ibu bapa anda , adik-beradik , rakan-rakan dan sebagainya.

Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta , tidak bohong , tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu . Mungkin ada dikalangan anda berkata , ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat , pada mula anda berpasangan , anda sayang pada si Dia , anda minat pada si Dia , anda suka pada si Dia . Sekiranya anda tidak jujur , adakah segala sayang , suka dan minat itu semuanya dusta belaka?

5. Kesetiaan

Apabila anda berpasangan , kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga . Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan . Ini kerana , si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia , anda telah memusnahkan harapan
dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta .

Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu , fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.

Diharapkan dengan tips-tips ini , anda dapat mewujudkan sebuah hubungan yang bahagia dan kekal selama-lamanya .