Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

♥♥ Nuffnang ♥♥

♥♥ Suka Blog Ni??? ♥♥

Share |
Friday, April 15, 2011

♥♥ Tips Utk MenCari PasanGan & CinTa SeJati ♥♥

Tips untuk mencari pasangan dan cinta sejati
Ada beberapa tips hendak dikongsi untuk korang yang sedang ingin bercinta atau mencari pasangan. Tak kisahlah nak percaya atau tidak,nak ikut atau tidak, tapi ini cuma sekadar nasihat dan beberapa perkara yang perlu diambil serius.
Kadangkala kita mempunyai “vision & mission” yang dasyat sampai ada yang lupa nak berpijak di bumi nyata. Baguslah tapi biarlah ”realistic”.
Antara tips tersebuat adalah:
1. Clarify & Declare

Pertamanya jelaskan kedudukan posisi “girlfriend & boyfriend” korang . Samada ”SERIUS” nak ke jinjang atau hanya  hendak ke ranjang . Kalau tak serius cut-off jer & jangan buang masa . Kalau kedua-kedua dah clarify & declare nak serius , plan future dari sekarang .

2. Bincang Bajet Besama

Kedua-dua mesti bentangkan kedudukan kewangan masing-masing seperti gaji kasar , baki gaji bersih , hutang kereta , hutang motor , hutang PTPTN , bagi mak ayah di kampung dan lain-lain & berapa sahaja balance yang ada . Ini lebih jelas untuk sama-sama merancang kewangan di masa hadapan . Baru tahu berapa extra ada , berapa lagi tak cukup , rumah bagaimana korang nak duduk , kenderaan apa yang nak dipakai dan sebagainnya . Penting ni tau…

3. Rancang Tarikh Pertunangan & Perkahwinan

Mulakan membuat Time-frame . Bekerja mengikut Date-line yang korang tetapkan samada 6 bulan atau setahun . (2 tahun lama sangat , air masuk kepala nanti hehe…) Sediakan gaya hidup yang benar-benar korang impikan . Persediaan agama , zahir , batin , ekonomi & lifestyle . Lepas itu terus buat working plan .

4. Bersuai Kenal Dengan Keluarga

Lebih sopan sekiranya korang dikenali oleh keluarga masing-masing . Ini boleh mengelakkan fitnah & tak punah . Tunjukkan keyakinan , kepercayaan & pamerkan ‘kematangan berfikir & bertindak’ semasa bersama keluarga sebelah pihak . Barulah nampak korang real…

5. Mencari Alternative Income / Extra Income

Maksudnya duit tambahan yang boleh dijadikan income ke-2 . Nak harap jawatan & gaji korang untuk hidup sempurna & selesa…lambat . Cari peluang yang mudah , pantas & lumayan . Jangan salah pilih yea…Ada juga yang kerja part-time tapi income tak setimpal seperti 1 jam ,  RM4–RM7. Jangan terlibat dengan skim cepat kaya . Buatlah online bisnes ke jual produk ke contohnya jual susu diet ke , jualan setin boleh dapat RM36-52 .

6. Bergaul Dengan Orang Berjaya/ Value

Keraplah bergaul dengan orang-orang berjaya atau yang bernilai tinggi . Ada juga orang kaya yang ‘tiada value’. Pilih mentor/idola yang betul . Korang perlu bercampur dengan mereka untuk mempelajari bagaimana cara mereka membina karier , menjana pendapatan lumayan , menguruskan kehidupan & menangani masalah-masalah sekitar .

7. Kerap Berbincang Buat Keputusan Bersama

Jangan sorokkan atau lindungi sebarang masalah daripada girlfriend dan boyfriend . Ambil ini sebagai “masalah bersama” untuk latihan mencari solution . Sekiranya couple korang dah buat silap seperti over-spent , over-look , misplace , mis-communications dan sebagainya , declare jer & berlatih berterus-terang . Sorang lagi pulak mestilah jadi ‘pendengar yang baik’ dan fahamkan situasi couple korang . Latihan ini penting . Jangan cepat emosi bila berdepan dengan masalah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...