Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

♥♥ Nuffnang ♥♥

♥♥ Suka Blog Ni??? ♥♥

Share |
Sunday, April 24, 2011

!! Penunggu Istana !!

Semalam g tgk wayang...duk pk2 nk tgk cite pe...last2 kami try ar tgk "Penunggu Istana"..Sebelum pergi mmg aQ ok je...leh gurau2 dlm kereta..Bila msuk je pnggung....Dgn sound yg tlalu bingit....skill cameraman yg mcm hampeh....tobat aQ xtgk lg dah...dlm pngung wyg pale aQ dh mula pusing2 mcm camera yg digunakn dlm filem 2 bpusing2...peninggggg.....Kuar je...aQ dh mamai...G McD pn aQ duk je...tggu mknan smpai...aQ just jamah kentang n air...burger pn sejempuuut....5min pas 2 aQ dh muntah2...3x muntah kesan dr filem 2...peh penangan btoll.....nk kta demam bdn xbrape pnas...nk kta xsarapan...spnjg jln aQ mngunyah kacang n roti...tpksa aQ telan 2 biji panadol...Blk singgah umah Kakak Si abg...Muntah lg....Kak Long srh rehat n tdo dlu...aQ pn rest ar skjb...bbekalkn mnyk angin...Spnjg jln aQ diam je...bdenyut2nya kepala...Smpai rumah smbung tdo...Hr ni pale ni dh ok...Si abg call td pn srh bgun mkn ubat kalo teruk lg br Si abg bw g Hosp...

aQ nk tgk Filem pe lg ye pas ni...???? de cndgan??? huhuhuhu....tp nk yg seram2 ye..."Penunggu Istana" xseram bg aQ....aQ lom jd cuak lg....bkn blagak...tp skill mrk yg xbuat aQ cuak tgk... 



Sebenar aQ nk tahu sejarah bgunan Istana Billah , Papan Perak...e2 yg try tgk "Penunggu Istana" ni....

The exterior of Istana Raja Bilah in Papan gives a glimpse of its grandeur in its heyday. — NST pictures by Muhaizan Yahya

Istana Raja Bilah was built according to Mandailing architecture, with its
trademark eight-sided columns.

The sturdy staircase at Istana Raja Bilah that has endured for years.

The stately, high-ceiling rooms of Istana Raja Bilah.

hi 03.2 Filem paranormal pertama Malaysia

TENAGA lakonan Penunggu Istana digerakkan oleh lima muka baru.



Naskhah ini bukanlah sebarangan filem. Amaran awal patut dilaungkan kepada masyarakat Malaysia khususnya peminat filem Melayu bergenre seram.
Jika selama ini mereka menonton filem-filem seram yang pada andaian mereka cuma sebuah cerita, maka mereka perlu berfikir lima kali sebelum mengambil keputusan untuk menonton filem ini .

Buat pertama kalinya , penonton filem di Malaysia akan disajikan dengan filem berbentuk dokumentari realiti seram bergenrekan paranormal!
Ini bermakna cerita yang terkandung di dalam filem ini bukanlah sebuah cerita kosong, tetapi ia adalah sebuah pendedahan secara realiti terhadap aktiviti paranormal di sebuah tempat yang dipercayai sangat berpuaka iaitu sebuah rumah yang telah ditinggalkan lebih 100 tahun di Perak dan dikenali sebagai Istana Billah.

Mengulas mengenai Penunggu Istana, kata Pengurus Besar Filem & Drama Primeworks Studios selaku penerbit eksekutif filem ini, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata: “Filem ini adalah sebuah dokumentari yang mana ia mengandungi rangkuman rakaman video yang berjaya dirakamkan oleh lima pelajar yang membuat kajian aktiviti paranormal di tempat yang dipercayai berpuaka.”
“Siasatan mereka telah dibantu oleh kumpulan Seekers, yang sememangnya sinonim dengan kegiatan aktiviti paranormal di Malaysia.”
Tambahnya: “Niat kami adalah untuk mendedahkan penemuan mereka ini kepada umum melalui filem. Ini adalah satu bentuk pembaharuan yang cuba kami serapkan dalam era filem bergenre seram .

“Jadi, tiada maknanya mengatakan kami cuba meniru filem luar, sebaliknya apa yang dihasilkan ini adalah rentetan kisah benar yang ingin kami kongsikan pada masyarakat di luar sana.”
“Kami yakin ini dapat mempertingkatkan lagi kualiti filem bergenre seram di Malaysia.


Menurutnya lagi: “Rumah tinggalan yang digelar Istana Billah ini juga mempunyai banyak kisah seram yang diceritakan menerusi perbualan mulut penduduk setempat.
“Tambahan pula, produksi drama Warkah Terakhir yang pernah menjalani penggambaran di sana mengalami pengalaman yang mengerikan.

“Ini menunjukkan tempat tersebut benar-benar mempunyai kisah misterinya dan penonton dapat menyaksikan kesahihannya melalui filem dokumentari ini.”

Plot Penunggu Istana merupakan cantuman daripada pita rakaman terakhir lima pelajar iaitu Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd. Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf yang membuat kajian aktiviti paranormal di sebuah rumah tinggalan lama, Istana Billah.

Secara naratifnya, Penunggu Istana dipersembahkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video yang diperolehi mereka sendiri.
Cantuman footage tersebut itu seterusnya difilemkan sepanjang 15 hari mereka di Istana Billah sebagai usaha mencari jawapan terhadap kejadian mengerikan yang menimpa kumpulan pelajar berkenaan.
Penemuan inilah merupakan satu kejutan untuk tatapan semua peminat filem tempatan.

Ia bukan seperti filem-filem seram terdahulu yang menampakkan kesemua bentuk fizikal makhlus halus dan membuatkan anda berasa seram cuma di dalam panggung sahaja.

Paparan visual yang dipamerkan melalui filem Penunggu Istana adalah daripada rakaman video yang diambil oleh kelima-lima pelajar tadi.
Mungkin ada sesetengah visual bakal mengejutkan penonton sehingga tiba-tiba meremang bulu roma dan membuatkan degupan jantung lebih laju dari biasa, walaupun ia tidak menunjukkan sepenuhnya bentuk fizikal entiti halus yang menghuni di rumah tinggalan tersebut.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...