Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

♥♥ Nuffnang ♥♥

♥♥ Suka Blog Ni??? ♥♥

Share |
Thursday, April 14, 2011
Gaduh! sesiapa pun pernah bergaduh . Sama ada gaduh dengan kawan sebilik , kawan serumah ataupun semasa bercinta . Ada apa dengan gaduh? Ada baiknya kita bergaduh . Ada juga kesedaran diri untuk diri masing-masing . Tanpa bergaduh takdalah masam-manisnya . Kadang-kala pergaduhan juga membantu menambahkan keeratan setiap perhubungan . Peace!!!
Kawal Emosi – “Chill lah!!”
Cuba kawal emosi kamu dengan cara menenangkan diri sebelum mengambil tindakan . Selalunya orang perempuan dikaitkan dengan emosi yang berlebihan . Cuba bertindak bijak dan jangan tunjukan perasaan marah atau perasaan tidak puas hati di depannya . Sekurang-kurangnya kamu tidak cuba menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah membuak-buak di dalam dada .

Jangan Cari Pasal – “Ko apehal tak puas hati!”
Dalam sesuatu perhubungan perlu ada tolak ansur . Berbincang bersama-sama sebelum melakukan sesuatu adalah sesuatu tindakan bijak . Namun perlu diingat jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu .

Jujur dan Saling percaya-mempercayai –Saya percaya awak”
Dua perkara tersebut begitu penting dalam hubungan persahabatan ataupun percintaan . Malah ia menjadi begitu penting apabila kamu telah berkahwin atau menjalinkan komitmen . Bersikap jujur dan percaya kepada si dia adalah kunci utama untuk mengukuhkan hubungan kamu . Jika dua perkara tersebut tidak ada , tunggu sahajalah keruntuhannya .

Berterus-terang – “Saya mengaku berjumpa dengan kawan lama saya Rina Aritu”
Ia merupakan jalan terbaik dalam sesebuah perhubungan . Tidak berlindung tentang sesuatu perkara adalah lebih baik daripada kamu merahsiakannya dan dia mendapat tahu daripada orang lain . Bercakap benarlah walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan .

Bersikap Terbuka – ” It’s okay sayang, I tak kesah pun”
Ini penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan tersebut . Jangan terlalu ambil serius mengenai sesuatu yang tidak begitu penting . Pandang sesuatu perkara secara positif dan keadaan ini boleh mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah .

Jangan Ungkit Perkara Lalu – “Aku tahu ko pernah mencuri kan?”
Kamu tidak sepatutnya mengungkit perkara lalu . Biarkanlah ia berlalu tanpa perlu membongkarkan segala kisah silam . Bimbang ia hanya akan merosakkan hubungan yang sedia terjalin .

Jangan Bandingkan Dia – “Ko ni sama je dengan Bobo, busuk perangai macam kambeng!”
Jangan sesekali kamu bandingkan teman kamu dengan orang lain . Kamu perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain . Perkara ini jika tidak dikawal , hanya merugikan diri kamu sendiri .

Buang Sikap Ego – “Aku rileks je”
Setiap orang ada rasa egonya yang tersendiri . Namun ia perlu dikawal . Tidak kemananya ego kamu itu .

Jangan Sikap Mengongkong – “Pergilah kalau tak kau akan menyesal!”
Ini selalu berlaku kepada mereka yang sedang bercinta ataupun adik-beradik . Kamu tidak berhak untuk memonopoli dia . Biarkan dia berbuat apa sahaja apabila dia tidak bersama dengan mu . Dia juga berhak untuk menikmati masa terluangnya sendiri atau bersama-sama dengan teman-temannya . Begitu juga kamu . Ada kalanya kamu mahu bersendirian dan tidak mahu ditemani sesiapa . Cuba fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain memahami diri kamu . Tetapi kamu perlu pastikan dia selamat dan pandai menjaga diri. Jangan buat dek plak!!

Setia – “Syukur alhamdulilah , aku tak pernah curang”
Ini juga untuk mereka yang sedang bercinta . Jangan sesekali berlaku curang terhadap temanmu . Setia perlu ada untuk mengukuhkan hubungan tersebut . Jika tidak sudah tentu kamu akan bertukar ganti pasangan bagaikan menukar baju . Jangan sampai diri kamu dianggap ‘murahan’ dan senang dibawa ke sana sini oleh sesiapa sahaja dalam satu jangka masa yang singkat .

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...