Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

♥♥ Nuffnang ♥♥

♥♥ Suka Blog Ni??? ♥♥

Share |
Thursday, March 3, 2011

♥♥ Tanda Lelaki SAYANG ♥♥

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas , perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas . Hati lelaki yang dianggap keras selama ini , tiba-tiba menjadi selembut kapas . Bahkan lelaki  yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya . Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai . Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu .

 Jangan kamu anggap teman lelaki kamu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat . Ingat , nasihat bermaksud mengingati . Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah . Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu . Jadi , terbukalah mendengar nasihatnya .

Cemburu !! cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah . Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu , tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci . Jika kamu setia padanya , tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta !!


Jika sudah sayang , macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya . Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu . Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja . Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin , baru berbaloi !!

Situasi di mana teman lelaki marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya . Jangan risau , bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu , tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya . Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian , lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi . Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh . Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap , tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain . Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu .

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripada teman wanita . Si lelaki mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang . Kalau dia merajuk hati , sesekali cubalah untuk memujuknya . Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada . Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja . Hanya untuk orang yang disayangi sahaja .

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...