Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

♥♥ Nuffnang ♥♥

♥♥ Suka Blog Ni??? ♥♥

Share |
Friday, March 4, 2011

♥ ♥ Pelangi Cinta ♥ ♥

Disebabkan de kwn2 yg minta smbung " Pelangi Cinta " aQ pn smbung ar..upe2nya de yg duk baca dlm fb ye...thx yg sudi baca n komen...


!! Antara Aiman Hakimi n Muhammad Daniel Iffat !!

 !! Ini Lah !!

Episod 5

Urusan perniagaan Daniel telah selesai di Kuantan . Sejurus pulang , Daniel menemui Najwa dan menceritakan tentang pertemuan yang tidak disangka dengan sepupunya itu . Najwa masih tidak tahu siapakah gerangan sepupu yang dimaksudkan namun Daniel berjanji akan mengajak Najwa makan malam bersama di rumah keluarganya apabila sepupunya itu juga berkesempatan . Najwa menjadi tidak sabar untuk melihat persis sepupu Daniel yang kini sudah berjaya dengan usaha sendiri selepas kematian tunggak keluarga . Daniel pernah menyebut nama Aiman pada Najwa namun Najwa tidak merasakan apa-apa mungkin bukan Aiman kekasihnya dahulu . Dalam fikiran Najwa ramai bernama Aiman dalam dunia ini . Daniel mula menukar topik tentang projek kerjasama itu . Syarikat Najwa bersetuju untuk melabur dalam projek yang Daniel ingin ceburi . Kerjasama mereka diharapkan membuahkan hasil berlipat kali ganda selepas ini .

*****
Aiman dan adik-adiknya bersedia untuk makan malam bersama keluarga Daniel pada hujung minggu ini kerana ini adalah salah satu cara untuk merapatkan semula hubungan kekeluargaan mereka . Aiman juga merindui pak cik dan mak ciknya itu . Sekian lama tidak berkunjung atas sebab kesibukan mengambil alih tugas arwah ayahnya dan kesibukan belajar serta menguruskan adik-adiknya  . Najwa turut serta dalam  makan malam keluarga Daniel . Kedatangan Najwa disambut dengan gembira oleh  Datuk Ilham dan Datin Masitahkerana mereka merasakan hubungan anaknya dengan Najwa mungkin ada istimewanya . Ketika itu juga , Aiman dan adik-adiknya tiba . Najwa menoleh dan terkejut melihat lelaki yang bersalaman dan berpelukan denganDatuk Ilham dan Datin Masitah adalah Aiman Hakimi kekasihnya dahulu .

“ Aiman yang selama ini dimaksudkan Daniel adalah Aiman Hakimi ??? Najwa mula gelisah untuk berhadapan dengan Aiman untuk kali kedua selepas bertemu di One Utama . Perasaan Najwa bercampur baur . Adakah dia gembira mahupun sedih . Najwa telah berjanji pada dirinya untuk melupakan setiap kenangan bersama Aiman Hakimi dan membuka hati untuk Daniel di hatinya . Namun , dia cukup berat untuk melupai kekasihnya itu ."

Selera Najwa mula hilang selepas dia bertentangan mata dengan Aiman . Najwa masih terkejut Daniel dan Aiman sepupu rapat . Mungkin kisah cinta Aiman dengannya ada diceritakan kepada Daniel . Najwa tidak keruan memikirkan perkara itu . Najwa cuba sembunyikan perasaan itu ketika bersama keluarga Daniel . Mudah-mudahan kisah mereka sudah menjadi noktah .

*****
“ Aiman tiba di kediamannya jam 11.45 malam , Aiman mencari bingkisan gambar dan surat-surat dari  Najwa . Kenangan-kenangan mereka dahulu sebelum masing-masing membawa haluan yang berbeza . Aiman masih menginginkan Najwa untuk menjadi  miliknya secara sah namun Aiman tidak mahu merosakkan hubungan Daniel dengan Najwa . Aiman nampak Daniel serius untuk menawan hati Najwa . Adakah Najwa juga merasakan apa yang dirinya rasa ? tentang merindui dan tetap menyayangi antara satu sama lain ?...Aiman perlukan jawapan dari Najwa . Hanya Najwa yang bisa meleraikan kekusutan perasaannya .

Pagi itu , Aiman ke Syarikat Najwa  setibanya di sana Aiman terlihat kelibat Daniel yang cukup mesra dengan Najwa . Dari wajah Najwa dan Daniel , Aiman dapat merasakan mereka ada hubungan istimewa bukan sahaja teman kerjasama .  Akhirnya Aiman membatalkan niatnya untuk bertemu dengan Najwa kerna dia tidak mahu mengganggu kemesraan mereka yang mula terjalin lagipun kedua-dua keluarga menginginkan Najwa dan Daniel bersatu hingga ke jinjang pelamin . Aiman mengundur diri dan berjanji tidak akan menyimpan sebarang harapan dan keinginannya lagi pada Najwa . Najwa akan jadi milik sepupunya sendiri dan Aiman yakin Daniel mampu membahagiakan Najwa selamanya  . 

*****
Nadia masih berusaha untuk memohon maaf dengan Aiman . Nadia mendapat panggilan dari Aiman untuk bertemu di sebuah Café berhampiran syarikat Nadia selepas tamat waktu kerja  . Pertemuan mereka  diharapkan dapat menyelesaikan segala pembohongan Nadia sebelum ini . Nadia mahu menjernihkan kembali keadaan tersebut dan akan berterus terang tentang niatnya kepada Aiman . Semenjak Nadia bertemu Aiman buat kali pertama , Nadia menyimpan perasaan cinta sayangnya terhadap Aiman namun dia berpura-pura sebagai Wawa di mata Aiman .

<< Di Café Al-Qish >>
“ Assalammualaikum Nad , apa khabar ?? dah lama tunggu ?” .. Aiman
W’salam Aiman . Nad baik-baik saja . Tidaklah Nad baru sampai . Awak bagaimana sekarang ? Nad betul-betul minta maaf dengan apa yang telah berlaku . Bukan niat Nad untuk membohongi awak selama ini cuma Nad mahu melihat sendiri kebenaran dalam hati awak tentang Najwa .”..  Nadia
“ Tidak mengapa lah Nad . Aiman sudah lupakan semua itu dan Aiman yakin Wawa bukan milik saya lagi . Saya pasti Daniel dapat menjaga Wawa sebaiknya .” Aiman
“Daniel ?? Mana awak tahu tentang Daniel ?.. Nadia
“ Daniel adalah sepupu saya dan saya telah bertemu mereka berdua kelmarin . Jelas ada keserasian  antara mereka . Saya akan berundur diri dan hapuskan segala harapan saya itu” ..Aiman dengan nada pasrah dengan apa pun terjadi .
“ Nad faham perasaan Aiman itu ”..Nadia
“Awak tidak mahu minum apa-apa ke?..
“Ish..Lupalah pas tengok awak terus rasa lega.. hehehehe ” Aiman

Aiman dan Nadia bergurau senda sambil menikmati minum siang mereka .  Hubungan mereka tetap mesra seperti dahulu . Siang kian melabuhkan sinarnya , Nadia mohon diri pada Aiman . Semoga mereka ada peluang untuk bersua lagi . Nadia tetap menaruh hati kepada Aiman dan mudah-mudahan Aiman nampak kebaikan yang ada pada dirinya itu .

*****
Najwa masih memikirkan Aiman . Sejauh mana lagi perkara ini  membuku dalam dirinya . Najwa tidak mahu mengecewakan Daniel dan tidak mahu melukai hatinya sendiri namun jauh dalam sudut hatinya dia masih menaruh harapan pada Aiman . Di mana kesudahan perasaannya ini ??..Cukup berat dia untuk memberi keputusan kepada Daniel dengan lamaran tempoh hari . Walaupun Daniel tidak mendesak tetapi jiwanya tetap memberontak untuk melepaskan sisa-sisa kenangan dahulu ketika bersama Aiman . 

Najwa berserah kepada takdir dan jodohnya yang telah ditetapkan oleh yang maha Esa . Mudah-mudahan memperolehi jodoh terbaik untuk dirinya dan keluarga . Nadia mahu ke kamar Najwa untuk berbual-bual . Sejurus membuka pintu bilik Najwa , Nadia menjadi serba salah setelah melihat raut wajah sedih Wawa . Nadia berlalu pergi membiarkan Wawa bersendirian seketika . Nadia tahu perasaan Wawa dan turut merasai kesukaran membuat keputusan yang terbaik dalam dirinya . Nadia mahukan Najwa membuat pilihan yang tepat tanpa sanggup mengorbankan perasaannnya sendiri .

 Dapatkah Nadia  membantu Najwa meleraikan kekusutan jiwa dan perasaannya itu  ?? Haruskah Nadia melepaskan Aiman untuk Najwa ?? Perasaannya bagaimana ?? Berkorban sayang demi Kembarnya ??
Tentang Daniel?? Perasaan dan harapan kedua-dua keluarga mereka . Sejauh mana lagi keadaan ini akan berlalu . Siapa sebenarnya yang berjaya menawan hati Najwa kembali .

Seperti " Pelangi " yang akan muncul apabila berhentinya hujan dan muncul sang suria . begitu jua " Pelangi Cinta " yang hadir selepas pelbagai dugaan , cabaran , ujian dalam perhubungan . Percintaan yang wujud penuh warna-warni , pasang surutnya ..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...