Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

♥♥ Nuffnang ♥♥

♥♥ Suka Blog Ni??? ♥♥

Share |
Tuesday, February 22, 2011

!! Tips Nikah Kahwin !!


Tips yang menarik untuk dikongsi bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat dan bagi mereka yang telah berkahwin :
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri , tapi carilah ibu bagi anak-anak kita . Janganlah mencari suami , tapi carilah ayah bagi anak-anak kita .
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua / wali si gadis , tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua / wali si gadis .
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu , tetapi menikah di hadapan Allah .
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda , kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka .
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah . Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat .
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga , tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri .
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100% .
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri .
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita .
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda .
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut , tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan .

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...