Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

♥♥ Nuffnang ♥♥

♥♥ Suka Blog Ni??? ♥♥

Share |
Friday, February 4, 2011

♥ ♥ Pelangi Cinta ♥ ♥

!! Episod 4 !!
*****


Aiman membawa diri jauh dari Nadia mahupun Najwa . Kesibukan bekerja membuatkan dirinya dapat melupakan keperitan itu . Aiman merasa dirinya dipermainkan oleh dua wanita yang selama ini dia sangat sayangi dan Aiman masih tidak dapat melupakan segala kenangan bersama Najwa . Aiman masih menaruh harapan yang Najwa akan kembali kepadanya ataupun akan membiarkan hatinya berpaut kepada Nadia . Sering Aiman berkelana memikirkannya . Mudah-mudahan dirinya diberikan petunjuk . Kedua-duanya ada keistimewaan tersendiri . Nadia tidak henti-henti menghantar SMS kepada Aiman untuk memohon maaf .

"Salam ...awk , Nad minta maaf sangat selama ni Nad menyamar menjadi Wawa semata-mata untuk memikat hati awk kerna hanya Wawa saja yang sering awak ingat dan impikan . Wawa cukup sempurna dimata awak membuatkan saya cemburu dan rasa diri saya ini tidak lengkap . Dan pertama kali awak panggil saya Wawa juga membuatkan saya terkejut . Ternyata hanya Wawa dihati awak . Jika begitu , Nad rela undur diri untuk melihat kebahagian kamu berdua . Nad sayang kamu berdua . Nad nak lihat Wawa terus kecapi apa yang dia inginkan bersama awak ... Selamat tinggal awak .. Walau hati ini sudah mula menyayangi awak .. "

Aiman seperti tidak keruan memikirkan mereka . Namun , Aiman cuba untuk berlaku adil bukan pada mereka berdua tetapi pada dirinya sendiri . Cinta Kasih Sayangnya pada seorang wanita yang benar-benar menyintainya itu yang akan kekal selamanya . Susah senang bersama .  

*****
Najwa pula meneruskan rentak hidupnya seperti biasa . Berhadapan dengan Daniel yang memahami dirinya dan sentiasa menunggu jawapan darinya . Daniel tidak pernah mendesak mahupun bertanya keputusan Najwa sebaliknya sabar dalam menakluki hati kental wanita yang begitu indah di depan matanya . Daniel yakin jika ada jodoh di antara mereka tidak akan ke mana . Kedua ibu bapa mereka juga merestui hubungan mereka walaupun sebagai sahabat sahaja satu hari nanti namun sebaliknya berharap anak-anak mereka akan bersama melayari bahtera indah bersama . Hanya takdir dan doa mengharungi hubungan mereka . Yang maha Esa telah menentukan yang terbaik untuk mereka semua . Daniel tidak campur aduk antara kerja dan perasaannya itu . Biar waktu berlalu tanpa rasa kecewa . Hati dan jiwanya ikhlas untuk menawan  insan bernama Qaseh Nurain Najwa . Dia akan tetap menunggu . Najwa cepat mesra dengan sesiapa sahaja . Berkawan berkasih dengannya nampak sahaja mudah tetapi jiwa dan hatinya tidak mudah ditambat . Najwa sangat berhati-hati dalam mengenali hati budi manusia .

*****
Nadia sangat rasa bersalah kepada Aiman dan Najwa . Nadia mahu menyatukan kembali Najwa dengan Aiman tetapi seperti Najwa telah menjauh darinya . Nadia minta Najwa berterus terang tentang perasaannya . Adakah Aiman masih bertahta dihati atau sebaliknya . Najwa sendiri meluahkan kepada Nadia .

" Nad , Wawa rasa Aiman bukan lagi milik Wawa . Wawa tidak mahu lagi menunggu harapan yang belum pasti akan muncul . Wawa mahu cuba menyukai dan menyintai Daniel yang ikhlas menunggu cinta Wawa . Biarlah kenangan dengan Aiman yang dulu hapus pergi begitu sahaja . Nad , lihatkan Aiman terus menyepi tanpa meninggalkan sebarang kata-kata pada kita . Adakah dia benar-benar jujur dengan kita ?? tidak kan ... mana dia bila kita menunggu di sini dengan jawapan-jawapannya ..??? tak usah menunggu lagi , biarkan dia dengan labu-labunya "

***** 
Najwa dan Nadia membawa haluan mereka tanpa memikirkan lagi tentang lelaki bernama Aiman Hakimi . Keluarga dan kerjaya lebih penting dari segala-galanya . Cinta ditolak ke tepi dahulu . Najwa berserah jodohnya dengan sesiapa sahaja . Asalkan boleh membimbingnya ke jalan yang diredhai . Datuk Muhsi dan Datuk Ilham bercadang nak menjodohkan Najwa dengan Daniel . Bagi mengeratkan hubungan persahabatan dan perniagaan kerana mahu anak-anak mereka meneruskan perniagaan keluarga ini bersama . Kemudian mengeratkan hubungan sebagai besan . Indahnya jika impian bapa-bapa ini tercapai melihat anak mereka bahagia hingga ke akhir hayat . Anak-anak yang boleh membantu dalam memperkembangkan kerjasama mereka .     

*****  
Daniel ke Kuantan untuk urusan perniagaan . Secara kebetulan , Daniel bertemu dengan Aiman di sana . Aiman dan Daniel adalah sepupu dan mereka membesar di depan mata . Hubungan mereka semakin erat selepas Aiman kematian mama dan papanya . Aiman lah kawan , sepupu dan teman sepermainannya . Sudah lama mereka tidak berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja . Daniel tahu Aiman masih menunggu Najwa selepas dia telah berjaya menapak dan berdiri dengan kaki sendiri . Aiman pernah berjanji dia tidak akan lupakan Najwa kerana Najwa lah pembakar semangatnya selama ini dan dia mahu buktikan pada Najwa yang dia mampu berjaya . Sekarang Aiman telah berjaya mengukuhkan syarikat papanya dan syarikatnya telah tersenarai antara Syarikat-syarikat sepuluh terbaik dengan bantuan dan tunjuk ajar dari pak ciknya iaitu ayah Daniel .

*****
Daniel dan Aiman habiskan masa yang terhad di Kuantan berdua . Ketika ini lah mereka dapat bergurau senda sebelum pulang ke Kota Raya yang belum tentu menjanjikan waktu untuk mereka bersua lagi . Daniel menyuarakan hasratnya kepada Aiman untuk berumahtangga tetapi Daniel belum yakin dapat takluki hati dan jiwa wanita itu meskipun berjaya memiliki jasad wanita itu . 

Adakah Daniel tahu wanita yang dimaksudkan oleh Aiman dahulu Najwa yang dia sukainya sekarang ? Aiman akan terus menunggu Najwa atau akan cuba mencari dan pikat hati serta jiwa Najwa kembali ??
Ke mana kesudahan cinta mereka berempat ?? 


Seperti " Pelangi " yang akan muncul apabila berhentinya hujan dan muncul sang suria . begitu jua " Pelangi Cinta " yang hadir selepas pelbagai dugaan , cabaran , ujian dalam perhubungan . Percintaan yang wujud penuh warna-warni , pasang surutnya ..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...