Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

♥♥ Nuffnang ♥♥

♥♥ Suka Blog Ni??? ♥♥

Share |
Wednesday, February 2, 2011

♥ ♥ Pelangi Cinta ♥ ♥

!! Episod 3 !!
*****


Nadia dan Najwa meluangkan masa hujung minggu bersama-sama di Dunkin Donuts . Banyak mereka berkongsi cerita dan kerja . Najwa mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Nadia tentang perubahan kembarnya itu sejak kebelakangan ini . Perubahan yang sangat ketara oleh Nadia bukan sahaja mengejutkan Najwa sebaliknya kedua ibu bapa mereka . Seperti ada sesuatu yang boleh merubah sikap , sifat dan cara berpakaian Nadia .
" Adakah sebab seorang lelaki Nad berubah sebegini ? " Wawa bertanya kepada Nadia ..
Dengan pantas Nadia cuba mengelak untuk menjawab . " Tak lah ..
" Kalau Nad berubah untuk diri sendiri tak apa jangan nanti hangat-hangat taik ayam je ye..hehehe "

*****
Aiman menemani adiknya Amrina Hazrin dan Azwan Haqil berjalan-jalan di One Utama . Kebetulan Aiman tiada temu janji dengan sesiapa . Aiman telah mengalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas kematian mama dan papanya dalam kemalangan empat tahun lalu . Tugasnya membesarkan dua orang adik yang masih bersekolah disamping mengambil alih tugas CEO di syarikat arwah papanya . Zaman remaja Aiman dihabiskan dengan menjaga amanah-amanah yang ditinggalkan untuk dirinya . Cukup berat bagi Aiman untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab tersebut seorang diri . Namun , dia bersyukur adik-adiknya juga tabah mengharungi liku-liku hidup tanpa papa dan mama . Adik-adiklah penguat semangatnya selama ini . Adik-adiklah harta , amanah yang berharga yang perlu Aiman jaga sebaiknya buat selamanya . 
Aiman dan adik-adiknya menikmati juadah tengah hari di sana , secara tidak sengaja Aiman terlihat Najwa bersama seseorang persis "kembar" di Dunkin Donuts di One Utama . Wajah yang saling tak tumpah kedua-duanya . Aiman tergamam lalu sengaja datang kepada Najwa untuk bertanya khabar . 

*****
" Hai , Wawa . Apa khabar ?? Ini siapa ye..?
Najwa terkejut lalu memandang kepada Nadia di hadapannya . Lidah mereka berdua kelu . Masing-masing tidak menjawab bertanyaan Aiman . Nadia mula gelisah apabila Aiman ada di antara mereka . Mungkin temberang Nadia akan terbongkar sebentar lagi .
" Perkenalkan ini kembar saya Qaseh Nurain Nadia . Seorang peguam " .
" Peguam ??...ermm..
" Iya , kenapa Aiman ? Ada yang tak kena ke? Bukan ke kamu berdua dah pernah berjumpa dan keluar bersama dulu ..
Aiman kebinggunggan . Lalu minta izin untuk beredar .
Nadia mula berasa bersalah terhadap Aiman Hakimi dengan menipu identitinya dengan menyamar menjadi Najwa selama ini . Nadia tidak dapat berterus terang selepas dia dapat merasakan cinta yang Aiman berikan padanya sungguh ikhlas . Adakah ikhlas kepada insan bernama Najwa atau dirinya .

*****
Nadia cuba menghubungi Aiman tetapi tidak dijawab . Nadia telah berterus terang kepada Najwa tentang pembohongan dan penyamaran itu . Najwa kecewa dengan sikap Nadia kerana mempergunakan orang lain untuk kepentingan sendiri . Nadia telah melukakan hati banyak pihak . Najwa menasihati Nadia dan meminta adiknya itu bertemu dengan Aiman dan perbetulkan apa yang salah ini . Nadia tahu Najwa masih memendam perasaan terhadap Aiman Hakimi . Walaupun begitu , Najwa tidak salahkan Nadia jika Aiman telah jatuh hati kepada adiknya kerana perasaan yang dahulu tidak mungkin akan berpaut kembali . Antaranya dengan Aiman tidak ada sebarang hubungan lagi walaupun payah untuknya menghakis kenangan mereka berdua . Najwa memberi ruang untuk Nadia bersama Aiman dan membuka hatinya untuk Daniel yang jujur serta ikhlas terhadapnya . Najwa tidak mahu pula terus mengecewakan hati lelaki yang sangat baik padanya . Najwa akan cuba menyintai Daniel . 

*****
Tiga hari berlalu , Nadia masih tidak dapat menghubungi Aiman untuk memohon maaf . Nadia ada juga datang ke Syarikat Aiman namun Aiman tiada kerana berada di luar kawasan . Nadia menjadi serba salah . Sampai bila Aiman akan bersikap begini pada dirinya . Nadia tahu itu salahnya . Nadia berusaha untuk memohon maaf dan memberitahu hal sebenarnya kepada Aiman tetapi Aiman seperti tidak memberi dirinya peluang .

Adakah Nadia akan mencari Aiman ? Ataupun Aiman akan membawa diri terus tanpa melibatkan diri antara kedua-dua wanita yang hadir dalam hidupnya ??
Di mana kesudahan " Cinta " mereka ini ..??

Seperti " Pelangi " yang akan muncul apabila berhentinya hujan dan muncul sang suria . begitu jua " Pelangi Cinta " yang hadir selepas pelbagai dugaan , cabaran , ujian dalam perhubungan . Percintaan yang wujud penuh warna-warni , pasang surutnya ..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...