Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

♥♥ Nuffnang ♥♥

♥♥ Suka Blog Ni??? ♥♥

Share |
Sunday, January 30, 2011

♥ ♥ Pelangi Cinta ♥ ♥

!! Bermula Episod Kedua !!
..dgn bantuan teman2..


Aiman bertembung dengan Nadia di Mahkamah Tinggi Negara . Aiman dapat rasakan Nadia itu adalah Najwa kekasihnya dahulu kerana rupa paras mereka sama cuma tingkahlakunya sahaja yang berbeza . Mereka terpisah sebelum Najwa sambung belajar ke luar negara . Ini menyebabkan Aiman teringat kepada Najwa . Nadia tidak pun menegur Aiman walaupun mereka berselisih . Aiman cuba mendekati Nadia sebab beranggapan itu Najwa . Nadia pula merasakan ada sesuatu yang pelik apabila melihat cara Aiman memandang dirinya . Aiman Hakimi juga seorang peguam , Nadia cuba mengorek rahsia Aiman . Rupa-rupanya Aiman pernah mempunyai kekasih bernama Najwa . Sedikit demi sedikit Nadia mengetahui Najwa yang dimaksudkan itu , kembarnya Qaseh Nurain Najwa Binti Datuk Muhsi .  Nadia mula mengambil kesempatan dengan menyamar dirinya menjadi Najwa supaya dapat memikat hati Aiman pula . Sejak pandangan pertama lagi Nadia telah terpikat kepada Aiman Hakimi . Nadia sangat kecewa apabila Aiman masih tidak dapat melupakan Najwa lalu Nadia membuat pelbagai rancangan dan helah demi menarik perhatian Aiman  . Nadia merubah identitinya yang sedikit kasar menjadi lemah lembut dan sopan santun . Pakaiannya juga semakin kemas dan solekannya cantik . 

Nadia mengikut dan meniru tingkahlaku Najwa supaya Aiman masih mengingati Kekasihnya itu . Aiman pula seperti kebinggungan seakan-akan merasakan Nadia itu seperti " Bayang-bayang dan Cermin Najwa " . Nadia telah memperkenalkan dirinya sebagai 'Najwa' . Kekasih lamanya yang telah lama menghilangkan diri tanpa khabar berita . Aiman dan 'Najwa' mula rapat kembali dan sering bertemu . Mereka semakin rapat walaupun Nadia telah menjadi 'Najwa' kerana Aiman masih menyintai insan yang bernama Najwa bukannya orang lain . Nadia mengubah dirinya menjadi seperti kembarnya Najwa semata-mata ingin memiliki Aiman selamanya . 

Najwa dapat merasakan perubahan Nadia sejak kebelakangan ini . Nadia pernah memberitahunya yang dia telah jatuh hati dengan seseorang dan pernah meminta pandangan Najwa untuk menjadi lebih kewanitaan . Secara kebetulan Najwa menghadiri satu mesyuarat di luar pejabat dan dia terserempak lalu melihat Nadia bersama seseorang jejaka seiras Aiman Hakimi yang dia tunggu serta tercari-cari selama ini . Dengan teliti Najwa perhatikan dan yakin jejaka itu adalah Aiman Hakimi . Najwa merasa sedih dan berlalu pergi . Pelbagai persoalan yang bermain di minda Najwa tentang perhubungan Nadia dan Aiman . Melihat dari kemesraan mereka Najwa dapat menghidu ada bibit-bibit cinta yang wujud . Nadia pula semakin menjarakkan dirinya dengan Najwa . Mereka dah jarang berbual dan berkumpul bersama-sama serta Nadia tidak lagi seperti yang dia kenal dahulu . Banyak yang Nadia rahsiakan dari Najwa .

Secara tidak sengaja Aiman Hakimi melalui kawasan rumah Najwa dan terlihat ada dua wanita di halaman rumah tersebut . Rupa paras mereka sangat sama saling tidak tumpah . Aiman keliru dan selama ini Najwa tidak pernah berterus terang tentang keluarganya kepada Aiman . Aiman hanya tahu Najwa anak kepada Datuk Munshi dan beranggapan mereka sangat-sangat berbeza darjat . "Seperti Langit dan Bumi " . Dari situ Aiman merasakan dia tidak layak bersama Najwa namun melihat dari kejujuran dan keikhlasan yang Najwa berikan dia cukup senang . Najwa tidak memilih asalnya dirinya sangat dicintai penuh kasih sayang . 
" Siapakah wanita yang bersama Najwa ? Adakah mereka adik beradik ? kembar? "... Aiman cuba mencari jawapannya ...

Adakah Aiman Hakimi akan menyiasat sendiri atau meminta 'Najwa' berterus terang tentang ahli keluarganya atau datang ke rumah Datuk Munshi ?? Siapakah mereka ??

Bagaimana cara Najwa hendak bertanya tentang Aiman Hakimi dari Nadia ?? tentang hubungan mereka ...

Nantikan konflik yang akan berlaku antara mereka bertiga dan mana kedudukan Daniel ..

Seperti " Pelangi " yang akan muncul apabila berhentinya hujan dan muncul sang suria . begitu jua " Pelangi Cinta " yang hadir selepas pelbagai dugaan , cabaran , ujian dalam perhubungan . Percintaan yang wujud penuh warna-warni , pasang surutnya ..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...