Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

♥♥ Nuffnang ♥♥

♥♥ Suka Blog Ni??? ♥♥

Share |
Thursday, January 27, 2011

♥ ♥ Pelangi Cinta ♥ ♥


Kepulangan Qaseh Nurain Najwa selepas menamatkan pengajian di London jurusan Kejuteraan sangat mengembirakan ahli keluarganya . Najwa merupakan anak sulung dan kembar kepada Qaseh Nurain Nadia namun perwatakan mereka berbeza . Najwa memiliki sifat yang penuh kelembutan manakala Nadia bersifat kelakian . Tetapi kedua-duanya amat disayangi oleh keluarga . Walaupun Nadia hanya dapat menempatkan diri disalah sebuah Universiti dalam Malaysia , tidak seperti Najwa . Kepintaran dan kebolehan dalam bidang masing-masing . Najwa dan Nadia memiliki wajah yg putih mulus , bibir bak "buah delima" . Majlis keramaian yang cukup indah dirancang bagi menyambut kepulangan Najwa . 

Kedatangan tetamu-tetamu terhormat dan teman Najwa membuatkan majlis bertambah meriah sekali disertakan pula dengan sambutan Ulangtahun Kelahiran mereka yang ke 24 tahun . Kemunculan Muhammad Daniel Iffat anak kepada Datuk Ilham dan Datin Masitah dikediaman mewah Datuk Munshi dan Datin Sofea menyebabkan mata-mata terpegun dengan ketampanannya . Datuk Mushi memang merancang untuk menyalin kerjasama dan hubungan yang lebih baik dengan keluarga Datuk Ilham . Mungkin dalam menjodohkan anak-anak mereka kemudian hari . 

Selepas dua minggu kepulangan Najwa , ayahnya Datuk Munshi telah menyerahkan tugas Pengarah Urusan kepada Najwa di Syarikat Muzziee Airline . Nadia pula lebih berminat dengan bidangnya sendiri dengan membuka Syarikat Guaman . Najwa berusaha untuk membantu ayahnya di syarikat berbekalkan ilmu-ilmu yang dipelajari di London . Masa-masa Najwa dihabiskan di pejabat sahaja dan tiada lagi masa untuk berhibur bersama teman-teman . 

Dalam satu mesyuarat , Najwa bertemu semula dengan Daniel di Hotel Istana . Daniel merupakan wakil kepada syarikat pembekal alat-alat ganti kapal terbang . Mereka mula bekerjasama dan sering kali berjumpa dalam setiap mesyuarat . Daniel merasakan ada tarikan magnet antara mereka berdua . Najwa juga merasai ada bibit kasih yang terpancar di mata Daniel sejak pandangan pertama lagi . Daniel pernah menyuarakan isi hatinya kepada Najwa bagaimanapun Najwa seakan-akan memendam rasa dan mengelak dari membalas cinta Daniel itu . Daniel terpikat dengan perwatakan dan kewibawaan yang ada pada Najwa . Kecekapan menguruskan syarikat yang hanya dikuasai oleh golongan lelaki menyebabkan Najwa cukup istimewa pada Daniel . Daniel mula berubah menjadi lebih berdisiplin dan tegas sejak kehadiran Najwa dihatinya kerana sebelum ini Daniel dengan sifat berfoya-foya dan sombong . Najwa adalah punca kepada perubahan yang berlaku pada Daniel . Daniel tidak lagi bermegah-megah dan menghabiskan duit dengan perkara yang tidak berfaedah . Datuk Ilham dan Datin Masitah sangat bersyukur dengan perubahan Daniel demi seorang wanita yang terlalu istimewa . Berulangkali Daniel meluahkan isi hatinya kepada Najwa tetapi Najwa tidak bisa memberi harapan kepada Daniel kerana hatinya milik lelaki lain iaitu Aiman Hakimi . Walaupun Najwa tidak tahu di mana insan bernama Aiman Hakimi itu lagi . Hubungan mereka terputus semasa Najwa di London tetapi Najwa tetap menanti kehadiran Aiman Hakimi . 

" Wawa , saya menyukai dan menyintai awak .." Daniel 
" Maaf saya tidak dapat memberi jawapan ..." Najwa
Najwa bangun dan berlalu pergi meninggalkan Daniel dengan 1001 persoalan . 

Adakah Najwa akan bersama Daniel atau Nadia yang akan dijodohkan dengan Daniel ??? atau pun kemunculan Aiman Hakimi ...??

nantikan kesinambungannya..

Seperti " Pelangi " yang akan muncul apabila berhentinya hujan dan muncul sang suria . begitu jua " Pelangi Cinta " yang hadir selepas pelbagai dugaan , cabaran , ujian dalam perhubungan . Percintaan yang wujud penuh warna-warni , pasang surutnya ..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...