Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

♥♥ Nuffnang ♥♥

♥♥ Suka Blog Ni??? ♥♥

Share |
Thursday, December 30, 2010

♥ ♥ Nukilan dr Ayahanda T'cinta ♥ ♥

Nukilan yg telah lama jd simpanan peribadi .. Giliran aQ tuk berkongsi ... hayati setiap bibit2 coretan ni...

!! AWASI HATI !!


AWAS ANAKKU SAYANG 
Dunia ini pentas lakonan manusia 
Onak berduri rintangan merbahaya
Janji dusta ada di mana-mana
Dari bibir ke bibir 
Dari hati ke hati
Tak pernah berhenti 
Topeng-topeng hitam merata semesta
Tipu muslihat permainan mereka

Ingat anakku sayang 
Ilmu yang ada padamu
Gunakanlah dengan penuh kejujuran
Dunia dan akhirat
Sama seimbang
Bertindaklah dengan ilmu
Berfikirlah dengan waras
Berbaktilah dengan penuh keikhlasan 
Jangan kau hampiri bebayang ke jurang
Jangan kau jadi hamba pada hati
Jangan kau seksa diri sendiri

Waspada anakku sayang
Bermohonlah pada yang hak
Bertindak dengan yakin jangan berganjak 
Berbaktilah pada yang memerlukan 
Kerana kehidupan ini adalah satu fitrah 
Kemuliaan jangan tercela
Kesopanan mengatasi kedurjanaan 


Hanya kerna aQ anak perempuan tunggal n aQ lebih rapat dgn ayah serta mak..sifat2 yg ada pd ayah aQ jua warisi .. Bidang yg diceburi pn sama .. kongsi minat ... dan segalanya ...org kata "mana tumpah kuah kalau tak ke nasi"...hehehehe...bkn sbb m'jiwang'kan tp apa yg ada e2 sebuah sastera seni ..martabatkan nilai sastera dlm kehidupan ... aQ juga ada koleksi2 sajak n cerpen cm belum bsedia tuk dipaparkan ...mungkin msh belum yakin dgn kebolehan yg ada .. 1 hr nnty akan dihimpunkan koleksi e2... 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...