Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

♥♥ Nuffnang ♥♥

♥♥ Suka Blog Ni??? ♥♥

Share |
Wednesday, December 29, 2010

!! Mengumpat !!

Melalui Lidah ...tulisan n sbagainya... tibe2 de iklan tntg ni...dpt dgr ckit2 je td..

Ada pepatah mengatakan bahawa apabila kita mengata orang , ia ibarat makan buah mempelam cicah asam . Bendanya masam , tetapi memang sedap dan syok bila diratah . Yang menjadi tak sedap apabila buah mempelam kita pula yang diratah (diketahui) orang .


Terlebih dahulu, mari kita sama2 fahamkan apakah sebenarnya yg dimaksudkan dengan istilah “mengumpat”. Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan / kekurangan seseorang kepada orang lain. Umpatan boleh berlaku dalam pelbagai cara dan dalam apa jua keadaan . Umpatan boleh berlaku dengan menceritakan perihal jasmani , rohani , menceritakan keaiban , meniru gaya dengan niat mengolok-ngolok dan sebagainya . Umpatan tidak sahaja berlaku apabila berlaku pertemuan dan penceritaan melalui mulut . Umpatan boleh juga berlaku di alam siber seperti memburuk-burukkan orang semasa ‘berchatting’ , atau seangkatannya .

Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya yg bermaksud: "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis riwayat Muslim).

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak . Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan seseorang biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yg mendengarnya .

Memandangkan betapa buruk dan hinanya perbuatan mengumpat ini , ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama . Manusia waras tidak akan sanggup memakan daging manusia , inikan pula daging saudaranya sendiri .

Dosa mengumpat bukan saja besar , malah ia merupakan antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T. biarpun pelakunya benar-benar bertaubat . Tetapi sebaliknya , dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yg diumpatkan (mangsa umpatan). Selagi orang yg diumpatnya tidak mengampunkannya , maka dosa itu akan kekal bersamanya , dan orang yg mengumpat itu akan menerima pembalasannya di akhirat kelak .

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awasilah dirimu daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih besar dosanya berbanding berzina . Sesungguhnya orang yg melakukan zina , apabila dia bertaubat , Allah akan menerima taubatnya . Dan sesungguhnya orang yg melakukan umpat (mengumpat) tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yg diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).


Petua Mengelak Mengumpat :

Ibnu Abbas pernah berpesan -

1. Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain , maka cubalah dahulu engkau ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan cela-cela yang ada dalam dirimu sendiri

2. Menginsafi benar akan akibatnya yakni kemurkaan Allah S.W.T; seksa orang yang mengumpat dan takut ancaman-ancaman yang akan dihadapkan pada dirinya.


3. Sibukkan diri mengubati kekurangan diri supaya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati . Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela orang lain . Sabda Rasullah S.A.W,:
“Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain.”

4. Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam jiwa kerana kekukuhan iman ini sajalah yang akan dapat menghindarkan dari segala ucapan buruk .

MENGUMPAT DAN MEMFITNAH

CARA MENGHINDARI :

-Redha dengan ketentuan Allah swt
-Menyemai sifat kasih sayang sesama muslim
-Sentiasa muhasabah diri
-Selesaikan masalah berpandukan al-Quran dan Hadis
-Meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan amalan soleh

SEBAB MENGUMPAT DAN MEMFITNAH :

-Ingin melihat orang lain menderita
-Takut persaingan hidup
-Tidak mahu mengakui kelebihan orang lain
-Suka bermegah dan merasa bangga dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri


AKIBAT MENGUMPAT  & MEMFITNAH :

-Berlaku permusuhan dan huru
-Hidup menderita di dunia dan mendapat azab di akhirat
-Masyarakat Islam akan sentiasa mundur
-Membuka jalan kepada musuh Islam menghapuskan syiar dan umat Islam
-Putus silaturrahim dan menghalang perpaduan
-Mewujudkan masyarakat yang berpecah belahan 



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...