Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

♥♥ Nuffnang ♥♥

♥♥ Suka Blog Ni??? ♥♥

Share |
Sunday, December 5, 2010

~ Lelaki Ucap "MAAF" Boleh Buat Jantung Perempuan Sihat ~

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu , kita jangan pernah melupakan dua kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa , tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan ikhlas dapat membantu memanjangkan usianya .

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafazkan kebanyakkan orang terutama lelaki . Akan tetapi , kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan , meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung .

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke . Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat .

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang . Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah .


Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester , AS . Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan .

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik , iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja' . Jika tekanan terlalu tinggi , ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut .

Jadi , sayangilah pasangan kalian . Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf . Jauhkn egomu , hapuskan sengketa jika anda melakukan kesalahan . Akui kesalahan mu itu . 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...