Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

♥♥ Nuffnang ♥♥

♥♥ Suka Blog Ni??? ♥♥

Share |
Thursday, November 25, 2010

Manusia ~ oh Manusia

Setiap manusia sering melakukan kesilapan , 
Sering menafikan Kesalahan tp tidak berusaha untuk membaikinya , 
Kenapa mesti menyalahkan orang lain atas Kesilapan diri Sendiri , 
Kenapa jua mesti ada yang menerima Tempiasnya .. 
Inilah dunia hari ini Penuh kepura-puraan , 
Penuh dengan  Muslihat ...


Manusia ,
Tidak pernah puas dengan apa yang telah dimiliki ,
Tidak pernah jua menginsafi diri sendiri ,
Tidak mahu membaiki kelemahan diri ,
Hanya mahu berbangga diri …


Manusia ,
Tidak ada yang sempurna sepenuhnya ,
Ada kekurangan ada kelebihannya ,
Tapi diri sendiri boleh mentafsirnya ,
Cuma mahu atau pun tidak …

Manusia ,
Jarang menghargai sesuatu ,
Menyesali selepas kehilangan ,
Bukan perkara mudah untuk mengubati ,
Kerna setiap tangisan bukan ubat penyejuk hati ,
Bukan penawar luka ,
Pada insan yang telah kecewa …

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...