Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

♥♥ Nuffnang ♥♥

♥♥ Suka Blog Ni??? ♥♥

Share |
Tuesday, November 30, 2010

♥ ♥ Dari Hati Cinta B'putik ♥ ♥

Siapakah gerangannya ???
hahaha...

Gunakan hati tuk menilai hati budi pasangan , guna akal tuk menilai mana baik n buruk .
Dari HATI semua nya Indah n Luka . Berhati2 b'main dgn HATI . Huhu...

Kami kenal dr zaman tadika , msk ke Sek Ren n Men ..sama2 1 Sek . Jarak b'mula bila msg2 smbung bljar lg. Orang kta kalo jodoh xkemana . So b'temu kembali dgn perasaan yg berbeza . xpernah de pe2 perasaan selain persahabatan namun kerana mata , kerana hati kami kini ke fasa seterusnya dengan restu kedua2 belah pihak . Moga jodoh kami d'percepatkan , d'permudahkan segala urusan kami . Amin ..

Kau n aQ

Belajar jauh2 bila blk org dekat plak kita terpaut . Bermulalah cinta e2 berputik . Dalam berpasangan kena ada keserasian , kejujuran , kesabaran , "give n take " , hormat perasaan pasangan n keluarga , jgn mudah menuduh psgn tnpa usul periksa , cemburu biar bertempat ...Walau de yg kata " cemburu tndanya sayang " namun jgn " cemburu buta " nnty merana diri . Jika pasangan dah bawa jmpa keluarga maknanya , psgn kita serius dalam perhubungan . Jaga hati dua2 pihak . Restu kedua ibu bapa perlu ada . Hargai psgan ..


Bila kau senyum, ku gembira
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh sayang

Di mana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadku jauh
Namun hati tetap padamu

Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai dalam syurga

Biar masa berganti masa
Biar pun musim berganti musim
Telah kukatakan padamu oh sayang
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

Jika kau tanya pada rembulan
Mengapa cahaya berseri-seri
Nanti jawabnya kepada mu
Kerna dikau cinta padaku

Ku persembahkan kepada mu
Sekuntum bunga mawar merah
Kau terima sambil tersenyum
Kembang yang harum kau cium

Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia oh...
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai dalam syurga

Dua insan sedang bercinta
Dua insan berjanji setia
Telah kukatakan padamu oh sayang
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

Bila kau senyum, ku gembira
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh sayang

Di mana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadku jauh
Namun hatiku tetap padamu



Doaku agar dikau berjaya dalam pe jua bidang yg dikau inginkan . Ku sentiasa ada bersamamu susah mahupun senang . Sentiasa memberi nasihat n sokongan yang xpernah2 putus . Banyak yg kita nak lakukan bersama selepas ni . Mudah2an impian kita dimakbulkan . Ku menunggumu disini 

Kerana Mata!!!

Dari kerana MATA ... Nmpknya ada yang sebegini . "kerna mata" hahaha..
Banyak tafsiran tentang mata ..
Mata pn de mata bulat , mata sepet 
semua tentang mata .
alah2 amoi , alah apek ..
mata empat 
mata hati 
mata keranjang 

Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata

Dari mata terbitnya asmara
Senyumanmu menikam jiwa
Renungan mesra menjelma segera
Aku tertawan memendam rasa

Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata

Setiap waktu ku cinta sayang
Sinar wajahmu selalu terbayang
Aku memujam rayu seorang
Lepaskan aku dari impian

Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata


Tapi nak pikat hati orang tua , keluarga , kekasih bkn hanya dr kerana mata . Pikat dari masakan , lagi2 msk makanan kegemarannya . Orang kata "air tangan" sendiri leh jadi pemikat hati ...leh mencairkan ?? so belajar dari sekarang . Setinggi mana pn belajar , di dpur gak kna msuk ...huhu

Dari mata juga kita dapat menilai seseorang itu . Mata tidak boleh berpura2 @ menipu dari mulut yang bisa berkata2 dusta . Dari mata juga dapat menggambarkan banyak perkara . Lihat pasangan bkn hanya dari mata celik tp dgn mata hati juga baru hati berpaut . 


Renunglah mata pasangan dengan seikhlasnya penuh kasih sayang , penuh rasa bahagia ketika bersamanya . Agar kasih yang dibina secantik mata hati 
Monday, November 29, 2010

~ Kawan2 lama ~

syiha n suria

Faiz , Zalix n Nad

aQ n sedara aQ Zul ( dak bang )

Ayu n anak buah




Nad , aQ n Suria

aQ , Nad , Syiha n Ayu

Dari sek rendah baru semalam jumpa blk kwn2 lma.. peh mmg happy sgt2. Dah btahun2 xjmpa cm de FB je yg dpt kumpul kwn2 sebelum ni.. N smlm br bsua muka . Korg ttp kwn aQ selamanya . Msa majlis perkahwinan Kamil di umbai .. Geng2 lelaki segan2 nk bgmbr plak . Bila kita dpt bjumpa lg...?? Reunion nnty ar ye . Msa ni ar buka semula zaman sek ren n men . Antara pemain2 netball sek . Wakaka.. Pembuli2 .. Otai2... Gelak sakan kami kt cni . Meriahnya ..hahahaha .. Jumpa korg lain di lain msa n tempat .. turn sape plak pasni ?? tggu n lihat ..


SELAMAT PENGANTIN BARU KAMIL & FIEZA

Saturday, November 27, 2010

aQ n Kembar...

Bengang nya td bile topup rm10 tapi dpt rm5 je...bkn aQ je kena , kembar aQ pn...hehe... Padahal Kembar n aQ duk jauh2 tp perkara ni berlaku pada msa yg sama . Nasib kami pun sama ar kiranya . Walaubgaimanapun dpt gak lg topup Rm5 .. Bard oh bard ... Kami memang dari dulu macam ni , kalau sorg sakit kt sna , dkt cni pn sakit gak .. So masing2 kena jaga kesihatan n berhati2 . Serasi n akan kekal selamanya macam ni . Tp kembar aQ yang paling gilo2 . Kami tak dpt dipisahkan pun . aQ syg dye , dye syg aQ . Tggu akak blk Mersing ye ... nak ronda2 laut n tibai Ikan bakar fresh2 nya . hahahaha ....
Pe2 je yg kami lakukan tetap perkara yg sama walau perkara 2 msg2 xberitahu . Sejak tok wan xde kami makin kenal kasih syg yg kuat dalam diri ni . Jarak mcm mn pn tetap kami akan terasa antara 1 sama lain . Kembar dalam diri n dalam jiwa . Dye aQ pggl BOY n dye pggl aQ GURL coz dr kecil ibu duk pggl GURL2 .. hahahaha.. Untung de 2 ibu n abah .. Kami adik-beradik SUSUAN . Selalu pggl kembar je , sbb ikatan batin kami kuat sgt2 . xleh de yg xkena , msg2 akan gelabah . Kalau tgk kami keluar sama mesti kata awek n pakwe tp akikatnya tak . Tak boleh kahwin pn kami ni , dye leh jadi wali pd aQ . Kami mesra n syg antara 1 sama lain . E2 mmg xdinafikan . Dye gak pembuli , pendengar yg setia , pnasihat peribadi , pembakar semangat , pemberi sokongan n bnyk lg...tak putus2 bg nasihat . Topup pn leh dpt free , duit raya jgn ckp pkai bank in je...he3.. Dpn ibu n abah pn kami leh bgurau kasar , tepuk tampar dan aQ gak yg selalu kalah . Mn tak nya....dye besoooooo , aQ kecil cili padi kadang2 berapi . 

Tang mana mn ar kami sama , yang pasti perasaan batin kami sama dari dulu smpai sekarang . Aura2 .....huhu ... dye n aQ plg xsuka kalau msg2 simpan rahsia . Salah sorg akan korek2 rahsia smpai dapat n kongsi bersama2 . Kalau aQ sedih , dye penghiburnya . Dye plak xpnah nmpk sedih , nk happy je . Jika de pendam pe2 pn dye akan dpt rasa kan . Dye pn suka sgt buat kejutan . Tiba2 je nnty dye de je dpn mata dgn hadiah kt tgn . he3... 

Kami jarang ambil pic Bdua , ntah ye ... cm de 3 je pic kami bdua . e2 pn kat dye . hu3...kna tggu mggu dpn .....kepulangan gurl2 ke Mersing . Rindu semua . 

Majlis Perkahwinan Akmar ..


Kawan dulu , kini n selamanya . Kahwin dah kawan sepermainan aQ ni...dulu zaman kanak2 duk main guli , basikal n macam2 lg masa 2 duduk umah taman . Bila kami dah pindah rumah , hubungan kami tetap macam dulu2 . Sekolah pn sama2 sampailah form 6 , muka dye je aQ bertembung . Kini masing2 dah besar . Kalau diingatkan zaman kanak2 mmg best .. Akmar ligat mcm harimau mengaummmmmmmmmmmmm .....hahahaha... selalu gak membuli n jd pnyelamat aQ .. anyway SELAMAT PENGANTIN BARU tuk Khairul Akmar & pasangan . Kawan tetap selamanya . Semoga jodoh Kalian bdua Berpanjangan n dikurniakan anak2 yg soleh & solehah . Amin .. Pasni giliran aQ plak...he3...
Friday, November 26, 2010

Aduhai mak Ku syg...

Kena pulak tolong ayah pegang ayam tuk sembelih..potong ayam kecil . Makan rendang ayam ...Sedapnya..yummie . Sambil buat 2 t'luka jari sebab tulang ayam ..peh sakit ...minta mak ambilkan tisu ...

aQ : mak ambilkan akak tisu....jari b'darah ni .

Mak : nah kak , luka kenapa ??

aQ : kena tulang ayam ni , meh tengok ni...besar lukanya ...( sambil tunjuk jari )

Mak : ish , tak nak lah mak tengok ...takot ...nah minyak sapu je lah .

aQ : hahahaha .... mak takot darah ?? setiap kali jari atau tangan akak darah mesti mak tak nak tengok ... tak apa lah janji mak sayang akak . 

Mak : senyum je....

Ayah : kenapa jari kena pisau ke?? ( ayah dengan gelabah )


aQ : tak ar...kena tulang ayam je. Akak kn kuat ...hehehehehe...



Adakah cukup indah or sedih...??

Hr ni...Mimpi arwah tok yang aQ amat rindui stiap saat...wajah mulus arwah msh tbayang2. Mimpi ketika arwah dikapankn dpn mataku..mimpi sebelum arwah mengembuskan nafasnye...t'masuk kenangan2 dulu bersamanya..mkn minum ksh syg tetap dalam ingatan . Indah kerna aQ msh ingt setiap peristiwa b'sama dengannya dan sedih kerna aQ xdpt memeluk serta mendgr ketawanya lagi...cuma mimpi2 yang buat aQ kuat tuk merinduinya dan menyayangi. Doaku semoga arwah ditempatkan disisi org2 briman .. amin..al fatihah tuk arwah tok n nek...Akak rindu. Teruslah hadir dalam mimpi2ku lagi wahai insan yang ku amat sayangi selamanya.

Cinta aQ pdMu...



Dikau cukup Indah mewarnai dunia Ku...
Hanya kamu di dalam Hatiku..


Semoga kita kecapi Bahagia Selamanya


Ku kuat untuk bersamamu ,
Ku lemah tanpamu , 
Ku rebah merinduimu ,
Ku akan bersemangat Mencintaimu ..


Sekilas Waktu berlalu , 
Bibit2 cinta berpadu , 
Penuh kasih dan Sayang padamu ,
Ia Ikhlas dariku ..




Thursday, November 25, 2010

Rahsia melalui Tulisan Tangan~ Dato Dr Fadzila Kamsah

Pertama: Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan :

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

 

Manusia ~ oh Manusia

Setiap manusia sering melakukan kesilapan , 
Sering menafikan Kesalahan tp tidak berusaha untuk membaikinya , 
Kenapa mesti menyalahkan orang lain atas Kesilapan diri Sendiri , 
Kenapa jua mesti ada yang menerima Tempiasnya .. 
Inilah dunia hari ini Penuh kepura-puraan , 
Penuh dengan  Muslihat ...


Manusia ,
Tidak pernah puas dengan apa yang telah dimiliki ,
Tidak pernah jua menginsafi diri sendiri ,
Tidak mahu membaiki kelemahan diri ,
Hanya mahu berbangga diri …


Manusia ,
Tidak ada yang sempurna sepenuhnya ,
Ada kekurangan ada kelebihannya ,
Tapi diri sendiri boleh mentafsirnya ,
Cuma mahu atau pun tidak …

Manusia ,
Jarang menghargai sesuatu ,
Menyesali selepas kehilangan ,
Bukan perkara mudah untuk mengubati ,
Kerna setiap tangisan bukan ubat penyejuk hati ,
Bukan penawar luka ,
Pada insan yang telah kecewa …
Wednesday, November 24, 2010

10 PERKARA BUKTI LELAKI ITU RUMIT

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar..??

Kriteria isteri idaman adalah:

1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek , memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga , dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.

3. Seorang isteri yang memahami , soleh ,  jujur , taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.

5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat isteri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...

5 Tips dalam Berpasangan

1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.

Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?

2. Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.

3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.

4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.

Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?

5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.

50 Tip Cara Memikat Lelaki ~

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ˜plan™ pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan ˜dia™ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Manja!
29. Jangan terlalu ˜excited ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap ˜kelakian" dan ganas dalam pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ˜perfect™.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...